Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaViral

500 Bubur Lambuk Diedar Setiap Jumaat

By 10 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M Zakry Chan

MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Permintaan Bubur Lambuk Bukit China amat menggalakkan dalam bulan Ramadan hingga mencapai 500 bungkus diedarkan setiap hari Jumaat.

Menurut Setiausaha Masjid Al-Hamideen, Mohd Nizam bin Misban,48, jawatankuasa masjid mencadangkan menambahkan jumlah kepada 1000 bungkus untuk diedarkan supaya semua dapat merasai resepi asli Bubur Lambuk Kampung Bukit China ini.

 

4309e0ad-a241-4474-91d5-288708cf858c

 

Bau semerbak pembuka selera  Bubur Lambuk Kampung Bukit China, dikatakan mengikuti citarasa sama seperti Bubur Lambuk Kampung Baru.

Ketua tukang masak, Samsul bin Samad, 52 berkata asal usul resepi Bubur Lambuk adalah dari Ustaz Ahmad, seorang ulama dan pembekal rempah ratus.

“Bukan sahaja bubur lambuk, beliau juga pakar dalam menghasilkan rempah Nasi Beriani,”ujar Samsul.

Hj Abdullah bin Husin 60, berkata sejak 20 tahun lalu Bubur Lambuk Kampung Bukit China menjadi kegemaran beliau sekeluarga dan rasanya sama walaupun bertukar tukang masak namun resepinya tetap sama sehingga ke hari ini.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda