Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Negeri Melaka

By 10 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Mohd Nor bin Samion

MELAKA,  10 Jun (Malaysiaaktif) – Sebuah Program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Melaka berlansung semalam bertempat di Auditorium Seri Negeri.

Wacana ini bertujuan memberi kefahaman dan penerangan yang lebih jelas kepada kepimpinan masyarakat supaya masyarakat akar umbi memahami tentang pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Februari 2015.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menyambut baik sebarang usaha yang dicadangkan demi manfaat urus tadbir negara bersesuaian dengan kedudukan Negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang mengamalkan nilai keadilan, kesejagatan, bahkan merupakan kerajaan islam terbesar di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Maka, apa yang diusahakan ini akan disokong kuat oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Menurutnya, segala dasar dan program yang dilaksana kerajaan, sekalipun bukan dengan jenama Islam, akan turut dinilai dan diukur secara objektif dan saintifik dalam kaedah ini.

“Kita mahu mengukur sejauh manakah ia menepati prinsip asas dalam Maqasid Syariah iaitu dalam menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta,”jelas Idris.

Kertas kerja satu telah dibentangkan oleh Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar daripada Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia Universiti Sains Islam Malaysia bertajuk Parameter (Al-Dhawabit) Maqasid Syariah Dalam Pentadbiran Negara dan kertas kerja dua dibentangkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman bertajuk Membudayakan Maqasid Syariah Dalam Pentadbiran Negara.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Unit Indeks Syariah Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka telah dihadiri seramai 400 peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 

Tinggalkan komen anda