Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Genap Sebulan Pemergian Noriah Kasnon 

By 5 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI BURONG, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Hari ini genap sebulan pemergian Arwah Tan Sri Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter yang turut mengorbankan suaminya dan empat  lagi mangsa di Sebuyau, Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menziarahi pusara arwah serta mengadakan tahlil bersama keluarga dan sahabat arwah pagi tadi.

Terdahulu, Rohani mengucapkan tahniah kepada anak arwah atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri kepada arwah.

IMG-20160605-WA0080

Rohani memaklumkan bahawa dia sendiri yang memandikan jenazah arwah bersama isteri Imam Besar Sarawak dan arwah berada dalam keadaan sempurna.

“Saya sangat kesal akan fitnah yang mengatakan mayat arwah telah menjadi cacat sedangkan mereka tidak pun melihat mayat arwah. Kami mengadakan tiga kali solat jenazah buat arwah,” jelas Rohani.

Rohani berharap anak–anak arwah terutama Shafiq Mohd Ishak tabah menerima pemergian ini. Jenazah arwah juga telah diberi penghormatan negara ketika dibawa pulang dari Sarawak.

Sehingga kini, Rohani tidak boleh melihat kerusi arwah di Parlimen.

Bercerita tentang kenangan sebelum pemergiannya, arwah telah memberitahu Rohani bahawa dia ingin datang semula ke Sri Aman untuk makan durian di situ.

“Arwah juga amat leka bermain tengkorak sedangkan arwah sebelumnya sangat takut akan perkara-perkara mistik dan sebenarnya ingin segera ke lokasi bertugas. Perdana Menteri juga pelik melihat arwah bermain tengkorak sedangkan sebelum ini arwah takut akan tengkorak manusia,” ujar Rohani lagi.

Sementara itu, mak cik kepada arwah, Temuni Mesir, 58, berkata dia masih terkenang akan baju yang diberikan oleh arwah.

IMG-20160605-WA0066

“Baju itulah menjadi pengubat rindu kepada arwah. Arwah sangat suka membantu orang, kalau ada masalah, dia akan terus membantu,” jelas Temuni.

Bagi adik kepada arwah,Mohd Hairi Kasnon, sejak kecil arwah tinggal di luar dan berdikari.

IMG-20160605-WA0067

“Arwah bersekolah di asrama penuh Kolej Tunku Kurshiah. Saya terkilan kerana jarang bertemu kakak dan dalam sekelip mata dia pergi, anak-anak arwah hilang punca. Jika sesekali berjumpa, pasti arwah akan mengajak mereka sekeluarga makan bersama,” katanya yang amat terkesan setelah pemergian arwah.

Menurut kakak arwah pula, Siti Murni Kasnon, 60, arwah sangat tekun membaca.

“Ketika darjah dua, arwah boleh habis membaca novel Salina dalam tempoh yang singkat. Arwah ialah pelajar cemerlang sejak sekolah rendah lagi, tidak pernah berkira, tidak pernah memberikan masalah serta sangat baik dengan adik-beradik. Kenangan terakhir saya bersama arwah, apabila sama–sama menaiki bas ke Jitra Kedah untuk menghadiri kenduri kahwin anak arwah yang kedua,” ujar Siti.

 

DK/SF

Tinggalkan komen anda