Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Kepimpinan: “Saya tak percaya dengan wanita” – Izat Bukhary

By 5 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Aimi Huwaina (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) – “Saya tidak bersetuju wanita jadi pemimpin pada awal lagi. Sebabnya, lelaki lebih layak.”

Ini pendapat calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 49, yang disampaikan kepada media pagi tadi di Pusat Penamaan Calon, Dewan Jubli Perak, di sini.

Izat yang pernah bertugas sebagai pensyarah turut mempersoalkan kemampuan wanita sebagai pemimpin.

“Saya tak percaya dengan wanita, sebabnya lelaki memimpin kaum wanita, jadi kita percaya lelaki memimpin kaum wanita. Kalau nak memimpin keluarga pun tak layak, apa lagi nak pimpin apa yang lagi besar.”

Beliau yang pernah bertanding dalam PRK Dewan Undangan Negeri Chempaka sebelum ini menyatakan hasratnya untuk meneruskan usaha ke arah landasan yang betul dengan mesej utama, ‘nak buat yang Tuhan suruh, nak tinggal yang Tuhan larang’

“Apabila saya melihat dua perempuan, calon pemimpin mencadangkan calon wanita, jadi rakyat tak ada pilihan. Bila rakyat tak ada pilihan, saya turun, supaya ada pilihan.”

Walaupun berasal dari Kelantan, Izat yang pernah bekerja di Seri Iskandar sebagai pensyarah rekabentuk dalaman, seni bina, seni lukis dan seni reka selama 10 tahun berkata beliau amat mengenali kawasan Kuala Kangsar kerana isterinya juga berasal dari sini.

Mengulas mengenai tempoh edah wakil Barisan Nasional, Datin Mastura Mohd Yazid, Izat berkata pencalonan beliau boleh ditangguhkan.

“Sepatutnya isteri itu dalam keadaan sedih fikir tentang masalah kenapa suami dia meninggal, itu yang dia patut fikir… sepatutnya itu yang dia fokus…dan tak perlu ambil pun tanggungjawab ini sebab tanggungjawab ini bila-bila masa kita boleh balas balik. Contohnya, jadi senator ke apa ke, boleh dilantik bila-bila masa. Saya rasa benda itu boleh tunggu sekejap, tunggulah…kalau ada lagi pilihan raya.”

Sementara itu, awal hari ini Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata pencalonan Mastura tidak melanggar hukum Islam mahupun batas sebagai orang Melayu.

Bernama melaporkan beliau berkata walaupun Mastura berada dalam tempoh edah selepas kematian suaminya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga penyandang kerusi itu, pencalonan Mastura bukan satu masalah.

“Dia baru kematian suami, dia di dalam edah, edah kematian suami adalah selama empat bulan 10 hari jadi dia tidak boleh keluar rumah kecuali atas sesuatu yang berhajat,” jelas Harussani lagi.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda