Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lebih Lima Ribu Terima Manfaat Di Melaka

By 6 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih RM8 juta diperuntukkan untuk Konvoi Jelajah Turun Padang Bantu Rakyat dan di Melaka lebih 5,000 orang mendapat manfaat daripada usaha Biro Kebajikan UMNO Malaysia ini.

Konvoi tersebut kini sampai ke penghujungnya apabila Melaka merupakan negeri terakhir yang dilawati dan secara tidak langsung menjadi lokasi penutupan program.

 

af460444-5900-4de0-ab4d-48fd0a33f642

 

“Siri jelajah yang memasuki hari ke lima ini telah berkunjung ke 22 lokasi seluruh negeri dan diharap program ini akan menjadi penyuntik semangat bagi menggerakkan kegiatan kebajikan hingga ke akar umbi,”kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

“Saya berterima kasih kepada presiden parti, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan parti kerana beri kongsi yang cukup besar dan tidak pernah mengecewakan di peringkat negeri apabila menjelang musim perayaan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan Konvoi Jelajah Turun Padang Bantu Rakyat dan Penyampaian Sumbangan kepada anak yatim di Seri Bendahara, Sabtu lalu.

Lebih 50 anak yatim dari semua Bahagian Umno diberi sumbangan berupa wang tunai dan hamper bagi meraikan Ramadan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda