Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Ibu Bapa Elak Perasaan Malu Menuntut Ilmu Keibubapaan

By 29 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauziah Hussain/Foto Norlydiana Ishak

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Seringkali ilmu keibubapaan menjadi isu di mana ibu bapa mengakui telah mengamal ilmu berkenaan tetapi hakikat di sebaliknya.

“Ibu bapa jangan malu menambah ilmu atau merasa cukup dengan ilmu keibubapaan yang ada.  Lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita tidak tahu. Tidak salah kita menambah ilmu dengan membaca buku dan tengok blog berfaedah”, ujar Pengarah Bahagian Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Arfan Sulaiman ketika dikunjungi Wartawan Malaysiaaktif di pejabatnya baru-baru ini.

Tambah beliau, “Entiti keluarga yang disokong dengan persekitaran yang baik dan selamat akan mensejahterakan sesebuah masyarakat”.

Pendekatan ambil peduli dalam bentuk positif berupaya membendung kepincangan dan perkara tidak elok yang dihadapi masyarakat.

“Apa yang penting, komuniti perlu bersatu dan menjadi “polis” kepada penduduk setempat iaitu memantau perkembangan anak sendiri dan anak jiran,” “Bangunkan komuniti seia sekata dan wujudkan persekitaran yang saling menyokong”, ujarnya.

Menyentuh aspek ibu bapa sebagai teladan yang baik kepada anak-anak, beliau berkata “Sebagai idola, ibu bapa kena sedia ilmu dan kemahiran untuk jadikan anak mereka berkembang dengan sihat dan sempurna secara holistik.”

Kemahiran mengesan punca masalah di peringkat awal sangat perlu, terutama berdepan anak yang menempuh transisi meningkat remaja dalam usia 12 ke 16 tahun. Kelemahan mengenal pasti punca masalah boleh menyebabkan anak menjadikan medium lain seperti rakan, blog dan facebook sebagai idola.

Mengulas kanak-kanak yang dibawa melakukan aktiviti jalanan seperti perhimpunan atau demonstrasi, “Akta Kanak-kanak 2001 peruntukkan supaya kanak-kanak diberi perlindungan dan tidak membiarkan mereka dalam keadaan merbahaya seiring falsafah akta supaya kanak-kanak berkembang dengan sempurna dan holistik”.

Di bawah Rang Undang-undang Pindaan 2015 yang diluluskan, Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001, sekiranya ada ibubapa atau penjaga yang melakukan penganiayaan, pengabaian atau pendedahan, hukuman dikenakan adalah tempoh maksimum pemenjaraan dinaikkan dari 10 tahun kepada 20 tahun, denda dinaikkan dari RM5,000 kepada RM20,000 dan Perintah Khidmat Masyarakat sebagai hukuman mandatori.

Satu pertiga jumlah penduduk Malaysia terdiri kanak-kanak. Ini jelas menunjukkan mereka adalah aset dan permata yang sangat berharga kepada negara yang akan menggalas dan meneruskan perjuangan pemimpin di masa hadapan.

DK

Tinggalkan komen anda