Skip to main content
Berita TempatanSabah

Rombakan Kabinet Isyarat Kerajaan Lebih Mantap – Rosnah

By 29 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: Zuraidah Ahmad & Johny G.Kimlon (Sabah)

 PAPAR, 29 Jun (Malaysiaktif) –? “Rombakan Kabinet Persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam ialah isyarat penting ke arah kerajaan yang lebih mantap.”

Demikian kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Rosnah pada Majlis Ihya Ramadan dan Penyampaian Zakat kepada Golongan Asnaf di Masjid Haji Mohd Yaakub Misir di Beringgis, pada Isnin.

“Kita melihat pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri ini akan dapat memantapkan lagi struktur kabinet yang akan membantu Perdana Menteri untuk memacu kejayaan yang lebih besar.

“Kita tidak perlu lagi melihat ke belakang dan harus melihat masa depan terutama menghadapi PRU ke-14 .

“Pada saya ini ialah ‘signal’ yang cukup penting kerana komposisi yang terpilih untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut bukanlah calang-calang.

“Mereka yang dilantik merupakan golongan pemimpin yang mempunyai pengalaman, kredibiliti yang mampu membantu agar pembangunan dan perancangan Kerajaan akan berjalan dengan cemerlang,” ujarnya.

Mengulas tentang pelantikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang melibatkan pemimpin dari Sabah, Rosnah menyambut baik dan mengucapkan tahniah serta berbangga kerana rakyat Sabah yang secara langsung melengkapkan lagi struktur Kabinet Malaysia.

“Tahniah dan syabas kepada pucuk pimpinan kerana telah melantik seorang menteri dan seorang lagi sebagai Timbalan Menteri. Sebagai rakyat Sabah kita cukup berbangga.

“Lebih-lebih lagi portfolio yang dilantik merupakan satu portfolio yang penting terutama sekali Datuk Rahman Dahlan di Jabatan Perdana Menteri.

“Ini merupakan satu pengiktirafan kepada  para pemimpin kita yang datang dari Sabah, begitu juga dengan pelantikan sahabat-sahabat yang lain.

“Dalam pelantikan Kabinet, kita juga merasa kehilangan Datuk Seri Husni yang memilih untuk tidak dilantik semula sebagai Menteri Kewangan kedua,” tambahnya.Rosnah & Ghulam Penyerahan Zakat (4)

Pada majlis tersebut Rosnah berkata program tahunan kerjasama Parlimen Papar dengan pejabat ADUN Kawang itu merupakan program harian untuk berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih bersama masyarakat di masjid yang terpilih sempena bulan Ramadan.

Pihaknya telah menyampaikan zakat dan sumbangan bakul makanan kepada 1,400 asnaf di kawasan DUN Kawang dan 800 penerima lagi di kawasan DUN Pantai Manis yang terdiri daripada golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mualaf.

SF

Tinggalkan komen anda