Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jabatan Penerangan Bukan JKM, Tapi Berusaha Bantu

By 26 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mastika Hablum

ALOR GAJAH, 26 Jun (Malaysiaaktif) — “Barkah Ramadhan pada 10 malam ini dikenali dengan menjelangnya malam Lailatulqadar. Perbanyakkan doa ketika sujud kepada Allah S.W.T mudah-mudahan bertemu malam seribu rahmat ini”

Demikian kata Ustaz Azam Yahya semalam dalam tazkirah sempena Majlis Penyampaian Bantuan Bulan Ramadhan anjuran Komuniti 1Malaysia (K1M) Kawasan Dewan Undangan Negeri Β (DUN) Tanjung Bidara dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah serta Sukarelawan Till Jannah di Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Seramai 176 penerima sumbangan hadir dalam majlis tersebut melibatkan 50 pelajar tahfiz daripada Sekolah Tahfiz Al- Quran Saidina Ali Cawangan Al-Khawarizmi, 27 orang anak yatim dan asnaf yang menerima bantuan berbentuk duit raya, jubah dan barangan dapur.

bcdfbc44-b680-452d-8a59-443f25a97ba4

 

Sementara itu, pasangan adik beradik Mariam Jantan (OKU Fizikal), 58 dan Normah Jantan (Ibu Tunggal), 48, berkata kebiasanya mereka akan beli biskut raya pada malam raya, tapi persediaan tahun ini dapat dibuat lebih awal menggunakan wang sumbangan yang diberikan.

Mereka yang tinggal di Kampung Balik Batu ini berterawih di masjid kampung sebelah mengharapkan agar dapat dibina sebuah masjid di kampung tersebut bagi menampung bilangan penduduk yg ramai.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Farid Abu Dzarim, Jabatan Penerangan bukan berfungsi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Namun kita berharap program yang dirangka khusus pada bulan Ramadhan ini dapatlah memberikan sedikit bantuan kepada golongan memerlukan untuk meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Aidilfitri dengan harapan ia dapat menjalinkan ukhwah berterusan hendaknya,”katanya kepada Malaysiaaktif.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda