Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

[VIDEO] “Sahur! Sahur!Sahur” Dengan Iringan ‘Chan Mali Chan’

By 26 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh M Zakry Chan

MELAKA, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Laungan lantang “Sahur! Sahur! Sahur” yang diiringi ‘kebisingan’ lagu-lagu seperti Chan Mali Chan, Selamat Pangantin Baru, Pakai Baju Kancing Suasa dan pelbagai lagu joget memeriahkan “Kejut Sahur” Kampung Limbongan di sini.

Penggunaan alatan muzik, seperti kompang, rebana, kerincing, periuk belanga, baldi serta tin biskut menjadi irama tanpa henti sehingga tuan rumah terjaga dari tidur.

7dfe58ff-6e80-4d36-8b35-db2cd1a9793e

Mereka riuh rendah mengelilingi kampung dengan sambil menyanyi dan memukul alat muzik dan tin biskut.

 

Tradisi yang terus dihidupkan oleh sekumpulan pemuda Kampung Limbongan di sini menyaksikan mereka bermula dengan berkumpul di satu lokasi, seperti balairaya dan masjid sebelum bergerak secara berkumpulan  sambil menyanyikan lagu dan memainkan irama dengan mengelilingi kampung untuk mengejutkan penduduk.

Dalam pada itu, penduduk kampung pula bergilir-gilir menyediakan juadah sahur untuk kumpulan  ‘Kejut Sahur’ ini setelah selesai tugas mereka sekitar pukul 4.30 pagi.

5d0732c9-632f-4265-a89d-6893fffaf135

Tradisi ‘Kejut Sahur’ dihidupkan pemuda Kampung Limbongan.

 

Tradisi ‘Kejut Sahur’ ini semakin dilupakan dibanyak kawasan, dan sehubungan itu Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kesidang, Zailani Mohd Ali menjelaskan bahawa tradisi yang merupakan amalan di Kampung Limbongan sejak sekian lama ini dikekalkan berdasarkan nilai sentimentalnya.

 

Beliau memberitahu wartawan Malaysiaaktif yang turut bersama kumpulan ‘Kejut Sahur’  baru-baru ini bahawa tradisi itu memberi kesan positif kepada Generasi Y dalam mengenal budaya dan nilai-nilai pegangan masyarakat.

Menurut Zailani, ia elok dipupuk memandangkan generasi tersebut semakin dianggap sebagai ‘kera sumbang’ berikutan kesibukan dunia hari ini.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda