
Oleh Herman Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang penduduk Parlimen Titiwangsa menerima sumbangan Ramadan dan Aidilfitri daripada Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Dewan Komuniti Taman Maluri, hari ini.
Sumbangan ini adalah sebagai satu langkah penghargaan kepada masyarakat di Parlimen Titiwangsa.
“Penduduk Parlimen Titiwangsa, khususnya pengundi merupakan lesen kepada saya untuk menjadi YB dan seterusnya berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Titiwangsa. Dalam masa yang sama juga kerajaan sedang merancang untuk membeli tanah pihak swasta di pinggir bandar bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR),” ujar beliau.
Para penerima telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan aneka kuih raya daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa.
Turut hadir Pengerusi Pembangunan Kampung Bharu, Datuk Affendi Zahari.