Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Kecoh Tak Boleh Undi, Rupanya Berdaftar Di Tempat Lain

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Keadaan kecoh seketika di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Utama di sini apabila seorang warga emas dihalang daripada mengundi.

Setelah diperiksa, rupanya, nama warga emas tersebut, Azizan Khalidi, 64, tidak terdapat dalam daftar pengundi Parlimen Sungai Besar kerana beliau didaftarkan bagi Kawasan Parlimen Sabak Bernam.

“Biasanya saya mengundi di sini. Tak sangka pula kali ini nama saya  tiada dalam daftar pengundi di sini.

“Petugas (Suruhanjaya Pilihan Raya) SPR kata saya mengundi di Parlimen Sabak Bernam sebab di sini hanya pengundi Parlimen Sungai Besar,” katanya yang tinggal di Kampung Nelayan Sungai Besar.

Azizan keluar awal pagi kerana pada setiap kali Pilihan Raya Umum, biasanya dia memang mengundi di sekolah ini.

“Saya dapat tahu tempat mengundi dah bertukar. Pada PRU akan datang saya perlu mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min, Sungai Besar,” katanya.

Sementara itu, menurut  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) peratusan keluar mengundi di sini telah mencecah 20%  pada 10.00 pagi tadi.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda