Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

KUISAS Kini Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia – Najib

By 10 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penaiktarafan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada universiti penuh berkuat kuasa serta merta.

“Bagi merealisasikan komitmen kerajaan Barisan Nasional negeri Perak yang telah berjanji pada Pilihan Raya ke-13 yang lalu untuk mengangkat KUISAS sebagai sebuah universiti penuh di Kuala Kangsar, sukacita saya mengumumkan bahawa KUISAS diberi status universiti penuh dengan geran Kerajaan Pusat berkuat kuasa serta merta,” ujar Najib di Masjid KUISAS, tadi.

Tambah Najib, sebagai permulaan, Kerajaan Pusat akan memberikan geran tahunan setiap tahun.

Penaiktarafan KUISAS yang diberi nama baru Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS)Β  menjadi kesinambungan sejarah Kuala Kangsar sebagai bandar pendidikan tertua di Malaysia.

Sebelum ini, calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecik (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mengumumkan hasrat untuk menaik taraf KUISAS kepada universiti penuh sebagai salah satu daripada lima agendanya untuk memperjuangkan harapan orang Kuala Kangsar.

 

DZ

Tinggalkan komen anda