Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Lebih RM13 Ribu Beri Pada Orang Tidak Dikenali

By 10 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

 MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Ros (bukan nama sebenar) kerugian hampir RM13,330, memberikan wang tersebut kepada orang yang tidak dikenali setelah diugut bunuh serta dikirimkan kata-kata kesat menerusi pesanan ringkas oleh peminjam wang tidak berlesen (ah long).

Surirumah yang tinggal di Ayer Molek dan mempunyai empat anak itu berkata beliau diselubungi ketakutan dan terpaksa membayar sejumlah RM3,850 beserta faedah yang kini mencecah RM7,100 walaupun tidak pernah menggunakan wang yang diberi.

“Seorang yang tak dikenali menelefon saya dan dia telah memasukkan wang tersebut ke dalam akaun tanpa pengetahuan. Saya menolak pinjaman tersebut sebab tidak pernah memohon sebarang pinjaman tapi dia tidak benarkan,”jelasnya.

Tambahnya, selepas itu dia didatangi satu sms yang menawarkan pinjaman peribadi ketika dia dalam keadaan memerlukan wang.

“Pada 29 Januari lalu, ada seseorang sms menawarkan pinjaman RM50,000 kepada saya namun perlu memasukkan RM180 untuk tujuan dokumentasi,”kata Ros.

Namun begitu, walaupun wang pinjaman belum diterima, individu tersebut meminta tambahan duit sehingga keseluruhannya RM6,230, namun beliau sedar ditipu apabila tidak dapat sebarang respon dari mereka dan gagal pula dihubungi.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional, Amir Hamzah Aziz yang ditemui baru-baru ini berharap agar masyarakat di luar tidak mudah terpedaya dengan janji orang tidak dikenali.

“Jangan mudah percaya walaupun terdesak. Walaupun seseorang itu telah memasukkan duit dalam akaun kita perlu membuat laporan polis,”katanya ketika ditemui petang tadi di pejabat beliau.

Beliau juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana peminjam yang tidak berdaftar, dan mencurigai terdapat penglibatan ‘orang dalam’ dalam kes Ros itu, ini kerana segala butiran peribadi diketahui oleh ah long berkenaan.

“Saya telah sediakan seorang penasihat untuk membantu Ros supaya dapat berbincang dengan ah long berkenaan untuk menghentikan perbuatan tersebut,” katanya.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda