
Oleh Fauzrina Hj Bulka
MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau menerima aduan daripada para pengguna mengenai kebersihan makanan di Bazaar Ramadhan kerana terbeli makanan basi dan berbau bangkai.
“Saya minta peniaga-peniaga supaya berhati-hati kerana di bulan Ramadhan ini kebanyakan peniaga akan cuba menyegerakan proses penyediaan makanan dan kemungkinan selepas sahur, jadi aduan yang kita terima, makanan basi dan juga hidangan sate hati dan saye ayam berbau bangkai,”katanya.
“Ini adalah aduan yang saya terima dan saya rasa perlu ketengahkan aduan tersebut supaya peniaga mengambil maklum kerana mereka masih lagi bertanggungjawab tentang penyediaan makanan yang betul,”kata Idris kepada pemberita dalam sidang media di Seri Negeri Selasa lepas.
Sehubungan itu, beliau meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya memantau dari aspek kebersihan dan penyediaan makanan para peniaga di semua Bazaar Ramadhan di negeri ini.