Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeKuala LumpurViral

Memupuk Keusahawanan Kraf Untuk Aidil Fitri

By 27 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Fauziah Hussain

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Malaysiaaktif) – “Promosi Warna Warni Kraf memberi peluang baik dan luas kepada usahawan seperti saya untuk mengembangkan produk kepada pengunjung dalam dan luar negara”.

Demikian dinyatakan oleh seorang pengusaha, Maji Yusoff ketika ditemui wartawan Malaysiaaktif dalam Promosi Warna Warni Aidilfitri di Kompleks Kraf di sini hari ini.

Beliau yang menghasilkan produk inovasi kicap kepada sos sambal kicap berjaya menjual 100 botol dalam masa tidak sampai sehari dengan harga sebotol RM7.

WhatsApp-Image-20160627

Maji yang berjaya dengan inovasi kicapnya.

 

Maji yang juga pernah meraih johan dalam kategori produk inovasi pada Hari Peladang dan Penternak peringkat Negeri Selangor 2012 berharap Kraf dapat meneruskan anjuran seumpama ini pada masa akan datang.

Seorang pengusaha kurang upaya (OKU), Hamed Ibnil Hamed Mohamed Naim, 49, dalam bahasa isyarat memberitahu bahawa beliau mula berkecimpung dalam seni tenunan sejak berumur 13 tahun.

Beliau dari Pusat Sutera Pulau Keladi adalah pelatih Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD). Berciri tenun asli Pahang yang halus dan kemas, pengusaha ini mampu menjana harga satu produk hingga mencecah ribuan ringgit.

Sementara itu, tenaga pengajar Blok Batik, Zakaria Ismail dari Kuala Terengganu berkata beliau mahir membuat acuan batik blok daripada logam dan menerima tempahan daripada pelanggan.Ā  Blok daripada bahan tembaga yang dipamerkan boleh dibeli dengan harga di antara RM50 hingga RM400.

Usahawan senjata logam, Pak Ali Parang, 60, pula berkata ini merupakan kali kelapan beliauĀ  terlibat dengan program Kraf dengan mempromosikan lebih 70 jenis senjata logam dengan kos keseluruhan mencecah hingga RM80,000″.

Peralatan eksklusif yang dipamerkan di sini adalah sebilah ‘Parang Cantas Betawi’ yang diperbuat daripada besi lama, hulu berkepala gajah, cermin daripada tanduk rusa, sarung daripada kayu pokok kundang dan berukiran unik.

WhatsApp-Image-20160627 (3)

Pak Ali Parang lapan kali menyertai program kraf.

 

Empat orang ini adalah antara seramai 220 usahawan kraf dan usahawan yang menyediakan perkhidmatan sempena sambutan Aidilfitri anjuran Kraftangan.

Terdahulu, semasa sidang media pada 23 Jun lalu, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata industri kreatif mampu menjana ekonomi negara sekiranya dikendalikan dengan bijaksana”.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa penganjuran Warna Warni Aidilfitri ini mengetengahkan konsep produk kraf tempatan dan keperluan Aidilfitri yang mampu menjana sumber ekonomi kepada usahawan yang mengambil bahagian.

Promosi Warna Warni Aidilfitri berlangsung selama 12 hari mulai 22 Jun hingga 3 Julai 2016.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda