
Oleh Azmi Abdul Rahman (Pasir Puteh)
PASIR PUTEH 23 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang jemaah surau Kampung Telosan di sini Khamis lalu diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Pejabat Penerangan Daerah Pasir Puteh.
Majlis disusuli dengn bacaan tahlil dipimpin oleh Imam Surau berkenaan, Haji Nik Yahya Nik Hasyim.
Seorang jemaah, Abdul Halim Manaf, 42, menyifatkan majlis tersebut sebagai usaha murni ke arah mengeratkan hubungan masyarakat setempat dengan pegawai kerajaan.
“Semua jabatan kerajaan seharusnya mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk turun padang dan mendekati masyarakat di kampung. ”
Sementara itu, seorang lagi jemaah, Lokman Omar, 36, mengesyorkan agar setiap agensi kerajaan di negara ini merancang kaedah yang strategik dengan konsep mesra rakyat dalam usaha mendampingi masyarakat di peringkat komuniti kecil.