
Laporan dan foto oleh Anuar Che Amat
KANGAR, 26 Jun (Malaysiaktif) — Seramai 2,306 orang anak yatim dari seluruh negeri Perlis hari ini menerima sumbangan duit raya.
Majlis yang diadakan di Dewan 2020 di sini menyaksikan tiap-tiap seorang daripada mereka menerima sebanyak RM100 yang merupakan sumbangan ikhsan kerajaan negeri.
Sempena majlis itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man turut berpesan kepada para penjaga anak-anak yatim supaya tidak mengabaikan pendidikan mereka kerana ia adalah kunci kepada masa depan.
InisiatifĀ ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri sejak beberapa tahun yang lalu.