Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanViral

Orang Kampung Mahu Pegawai Kerajaan Mesra Rakyat

By 26 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azmi Abdul Rahman (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH 23 Jun  (Malaysiaaktif) – Seramai  100 orang jemaah  surau Kampung Telosan di sini Khamis lalu diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Pejabat Penerangan Daerah Pasir Puteh.

Majlis disusuli dengn bacaan tahlil  dipimpin oleh Imam Surau berkenaan, Haji Nik Yahya Nik Hasyim.

ecb92534-7af7-4c4c-a44f-a5f5e82e570d

Mereka mahukan supaya pegawai kerajaan lebih mesra masyarakat kampung.

 

Seorang jemaah, Abdul Halim Manaf, 42, menyifatkan majlis tersebut sebagai usaha murni ke arah mengeratkan hubungan masyarakat setempat dengan pegawai kerajaan.

“Semua jabatan kerajaan  seharusnya mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk turun padang dan mendekati  masyarakat di kampung. ”

Sementara itu, seorang lagi jemaah, Lokman Omar, 36, mengesyorkan agar setiap agensi kerajaan di negara ini  merancang  kaedah yang strategik dengan konsep  mesra rakyat  dalam usaha mendampingi masyarakat  di peringkat komuniti kecil.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda