Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Polis: Tidak Perlu Bimbang Keselamatan Masa Mengundi

By 14 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Pengundi diberi jaminan mereka tidak perlu bimbang tentang keselamatan semasa keluar mengundi semasa hari Pilihanraya Kecil Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata keadaan keselamatan sejak hari penamaan calon terkawal dan tiada insiden besar berlaku yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

“Secara keseluruhan berjalan dengan baik dan harap semua pihak dapat meneruskan berkempen secara aman sehingga hari mengundi. Trend yang sihat ini menonjolkan kematangan politik parti,” ujar beliau.

Beliau berkata begitu juga dengan keadaan yang berjalan lancar bagi pengundian awal yang sedang berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi hari ini.

Jumlah pengundi berdaftar ialah seramai 286.

“Daripada jumlah 286 itu, 183 merupakan pegawai dan anggota polis yang masih berkhidmat di daerah ini, 50 yang telah bersara, 48 yang sudah bertukar dan lima yang baru bersara, meninggal dunia, dibuang kerja dan ditahan kerja kerana dalam siasatan.”

“Sehingga pukul 11 pagi tadi sejumlah 201 orang telah mengundi dan bakinya dalam proses sehinga pukul 5 petang”, tambah beliau.

Sementara itu, Abdul Samah berkata sejumlah 17 laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen hingga hari ini.

Daripada jumlah tersebut, tujuh kes sedang disiasat, iaitu lima kes berupa hasutan, papan iklan, menjalankan ceramah tanpa permit, bendera-bendera parti yang tak bertanding dipasang dan ceramah tanpa permit di Sekinchan

Sebanyak dua kes telah ditutup berhubung laporan kecurian dompet dan kerusi plastik di bilik gerakan sebuah parti politik Sungai Panjang kerana tidak dapat bukti siapa yang terlibat dan juga bendera terbakar dalam bilik gerakan parti politik berkenaan di Sungai Panjang.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Besar.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda