Skip to main content
HomeTerengganu

BAKTI Rai 250 Pelatih Pusat PDK Terengganu

By 14 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Affendi Ahmad / Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Malaysiaktif) – “Dengan bersedekah akan dapat memupuk sifat kasih sayang dan sikap saling hormat menghormati.”

Demikian ujar Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya, di Pasaraya Mydin, Gong Badak, di sini siang tadi.

Rosmah berharap agar sumbangan ini dapat digunakan sebaiknya bagi membeli kelengkapan menjelang Aidilfitri dan menyeru supaya masyarakat mengamalkan sikap bersedekah dan saling bantu membantu tanpa mengira agama dan bangsa.

 

 

Sumbangan hari raya ini menceriakan 250 orang pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang telah menerima sumbangan daripada Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Rosmah sebagai Yang DiPertua Bakti.

Program untuk meraikan golongan istimewa juga akan memberi peluang kepada mereka agar dapat turut sama bergembira menyambut 1 Syawal nanti.

Turut menerima sumbangan 108 orang penyelia dan petugas dari pusat PDK Terengganu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Haji Ahmad Razif Abd Rahman, dan Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI), Hajah Halina Zakaria.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda