Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

PRK Paling “Peaceful, Benchmark” Terbaharu – Annuar

By 14 Jun 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dianggap sebagai “benchmark” dan memegang rekod antara PRK yang paling “peaceful” kerana tiada gerakan tidak baik, semua parti berkempen secara tertib dan tiada perkara yang mencacatkan suasana.

Demikian kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Haji Musa pada sidang media yang langsung di Hotel Komp1t petang tadi.

Tambahnya, PRK kali ini berjalan dalam suasana yang mengekalkan semangat persaudaraan yang dilihat sebagai satu perkembangan sihat kerana kurang kegiatan serang-menyerang antara parti bertanding.

Annuar juga menyentuh bulan Ramadan banyak membawa perubahan kepada teknik berkempen.

“PRK di kedua-dua kawasan tidak banyak perbezaan. Pertama, dari segi sambutan rakyat setempat sangat menggalakkan. Kedua, berkempen pada bulan Ramadan banyak kebaikan. Aktiviti kegiatan secara bersemuka diperbanyak, dan jentera parti buat banyak program kebajikan.

Annuar juga berkata, pemilihan kali ini adalah untuk menentukan kecemerlangan legasi Tan Sri Noriah Kasnon Noriah dan Datuk Wan Mohammad Kahi-ril Anuar Wan Ahmad yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu.

“Mereka berdua dilihat sebagai tokoh yang kuat dan pemimpin yang sedang meningkat naik.

Prestasi mereka sebagai Wakil Rakyat juga adalah baik. Namun tragedi telah berlaku. Jadi, kita memerlukan pengganti yang menawarkan khidmat dan keupayaan untuk meneruskan legasi mereka.

“Saya lihat calon BN amat baik untuk memikul tanggungjawab yang besar itu. Mereka, (Budiman Mohd Zohdi dan Datin Wan Mastura Mohd Yazid) dilihat muda dan berlatarbelakangkan bidang professional yang baik. BN mampu menang dengan mandat yang besar,” jelasnya.

Annuar melihat Sungai Besar sebagai kawasan yang unik kerana melibatkan komposisi pelbagai kaum yang bekerja dalam pelbagai bidang.

“Masyarakat di Sungai Besar ini kuat bekerja. Mereka terdiri daripada penanam padi, pekebun kecil dan nelayan. Mereka ini tentunya patut dibantu dalam aktiviti ekonomi. Di sini juga ada potensi dalam bidang tertentu seperti eco-tourism.

“Wakil rakyat yang dipilih perlu bekerja dengan komposisi penduduk pelbagai kaum. Bukan hanya fokus kepada kaum tertentu sahaja. Saya harap calon dapat diterima oleh penduduk di Cina di sini.

“BN sebagai parti awal yang ditugaskan untuk membela kaum pelbagai. Kita jangan pandang serong. Dahulu di Sekinchan kita dapat undi sikit kita tetap perlu hormat kerana pilihan raya itu satu teguran. Wakil rakyat perlu beri perhatian kepada susah-payah dan keluh-kesah masyarakat Cina juga.

Annuar juga meletakkan keputusan PRK pada kali ini sebagai satu benchmark kepada pilihan raya umum (PRU) 14.

“Keputusan kali inilah merupakan benchmark PRU 14. Cabaran besar kepada BN sebagai kerajaan kerana akan terus dikritik. BN terdedah kepada pelbagai serangan musuh dan sebenarnya PRU atau PRK ini ibarat satu barometer untuk memperkasa sesuatu parti.

“BN percaya kita tak sempurna. Namun perlu sentiasa bermuhasabah. BN sebagai gabungan yang mantap. Dasar yang dikongsi bersama sebagai satu saf dalam perjuangan. Ada juga kawan-kawan kita cuba meniru konsep yang sama terutama barisan alternatif. Pihak minority juga hendaklah diberi hak.

Annuar juga melihat fenomena BN yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Mei lalu akan berterusan dalam PRK kali ini.

“Masyarakat Cina ialah peniaga. Kalau ada permusuhan dengan kerajaan pasti susah nak meniaga. Jadi masyarakat Cina dilihat menghargai apa-apa yang kerajaan telah lakukan. Saya meramalkan indikator di Sarawak akan berjaya di sini. Masyarakat Cina beri undi besar di sana.

“Kita patut memikirkan pengundi Cina. Orang Cina tak jadi masalah ikut BN kalau boleh bersifat terbuka. Rata-rata orang Cina bersikap pragmatik dalam memilih parti. Walaupun boleh duduk semeja namun undi masih lain-lain.

“Saya optimis pengundi Cina di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan mengulangi mandat kepada calaon BN, Budiman dan Mastura kerana mereka berdua ini boleh menjadi tali penghubung,” ujar Annuar lagi.

AAS

 

Tinggalkan komen anda