Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

RM250 000 Tambah Baik Masjid Nurul Falah Sekinchan

By 10 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Muhammad Rizal Redzuan

SEKINCHAN, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengumumkan kelulusan permohonan ahli jawatankuasa Masjid Nurul Falah bagi mendapatkan peruntukan untuk menambah baik masjid sebanyak RM250 000.

Pengumuman tersebut dibuat di hadapan 3500 hadirin yang membanjiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Ramadan Al Mubarak di Masjid Nurul Falah Sekinchan bersama Timbalan Perdana Menteri petang tadi.

Zahid juga mengumumkan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos bersedia membina pagar baharu untuk tanah perkuburan di masjid tersebut.

Tambahnya, walaupun agama Islam di bawah kerajaan negeri tetapi kerajaan Persekutuan akan berusaha dalam meningkatkan syiar Islam.

Zahid mengajak orang Islam mengimarahkan masjid pada bulan Ramadan ini selain meminta semua pihak menghormati agama antara satu sama lain.

Tambahnya, beliau kesal kerana lima kertas siasatan dibuka pada bulan Ramadan kerana aduan kempen berkaitan sensitiviti kaum.

Menurut Zahid selain menahan diri daripada makan dan minum, Ramadan juga memerlukan semua individu untuk menahan lidah, mulut, tangan daripada melakukan kejahatan.

Zahid juga berkata, melalui calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar  Budiman Mohd Zohdi kesinambungan usaha arwah Tan Sri Noriah Kasnon dapat diteruskan.

Pada majlis tersebut Zahid turut memberikan sumbangan duit raya kepada 100 anak yatim, 300 ibu tunggal, orang kelainan upaya dan warga emas sebelum berbuka puasa.

100 naskhah Al Quran turut disampaikan kepada Masjid Nurul Falah Sekinchan.

SF

Tinggalkan komen anda