Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Permohonan Pekerja Nelayan Asing Sedang Diproses – Zahid

By 10 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan untuk melonggarkan pengambilan pekerja asing untuk bekerja di bot-bot nelayan.

“Berkenaan dengan permohonan pekerja asing bagi bot-bot nelayan yang berada di Zon B, sebagaimana  yang telah saya umumkan di Sekinchan minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melonggarkan pengambilan pekerja asing untuk bekerja di bot-bot nelayan”.

“KDN sedang memproses permohonan mereka dan dijangka akan dapat diluluskan setelah semua butiran yang diperlukan berkenaan permohonan itu dikemukakan dengan lengkap.

Zahid turut memaklumkan kerajaan juga sedang berusaha untuk membantu nelayan yang sedang ditahan atau dipenjara di Indonesia.

“Selain menggunakan saluran diplomatik, saluran perundangan turut digunakan kerana masih ada ruang bagi mereka yg telah dihukum oleh mahkamah untuk mengemukakan rayuan,” ujar Zahid.

Beliau berpendapat mungkin pihak mereka tidak begitu memahami sistem perundangan di Indonesia dengan tidak mengemukakan rayuan dalam tempoh tertentu.

“Proses sedang dijalankan oleh peguam-peguam kita yang bekerjasama dengan pihak Indonesia”, ujarnya.

Beliau turut memberitahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini berpuas hati kerana tiada insiden yang mencemarkan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan berharap situasi ini berkekalan sehingga 18 Jun ini.

“Pihak polis sentiasa bersiap siaga dengan segala kemungkinan,” tambahnya yang ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam di sini petang tadi.

SF

Tinggalkan komen anda