Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ibu Tunggal Terima Rumah Baharu

By 10 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Ahmad Sahid Jibal & Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA BELUD, 10 Jun (Malaysiaktif) –? Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid menyerahkan kunci kepada mangsa kebakaran, Jamnah Yatun di Kg Lingkodon dekat sini, petang semalam.

Ibu tunggal beranak lima itu mendapat bantuan pembinaan semula rumah setelah rumah yang didudukinya terbakar dipercayai berpunca daripada lintasan letrik.

Penyerahan kunci rumah tersebut turut disyukuri oleh Jamnah sekeluarga dalam suasana umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan sekali gus memberi kegembiraan menyambut hari lebaran nanti.

Rumah  bernilai RM50,000 tersebut merupakan sumbangan daripada Kementerian Perumahan dan Kesejahteraan Bandar di bawah program ‘My Beautiful Neighbourhood’.

Seramai 12 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari seluruh Negeri Sabah telah terlibat dalam pembinaan rumah tersebut menerusi Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-tujuh atau NBOS 7 pada 19 Oktober 2015 dan telah siap sepenuhnya pada 23 Disember 2015.

Turut hadir Pegawai Daerah, Gari Itam; Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Zuraidah Latif dan Ketua-ketua jabatan serta pemimpin tempatan.

SF

 

Tinggalkan komen anda