
Oleh Muhammad Rizal Redzuan
SEKINCHAN, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Episod sedih penahanan dua orang nelayan Sekinchan, Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong berakhir hari ini. Mereka tiba dengan Bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 5.15 petang di tengah laut antara Pantai Redang Sekinchan dan Kuala Selangor.
Bot bewarna hitam yang bertulis Penggalang 10 disambut oleh keluarga kedua nelayan yang berada dalam sebuah bot nelayan tempatan yang digunakan bagi tujuan itu.
Kegembiraan menyambut anggota keluarga disusuli laungan ‘Hidup Malaysia!’ oleh anggota keluarga berkenaan.
Ketika laporan ini difailkan oleh wartawan Malaysiaaktif yang turut berada di tengah laut, konvoi bot itu sedang menuju ke jeti Pulau Redang.
Ketibaan konvoi petugas media dan bot APMMdi Jeti Pulau Redang Sekinchan di sambut oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara Datuk Seri Shahidan Kassim.