Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Tiada Kejadian Serius Dilaporkan Sepanjang Tempoh Mengundi

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) — Proses pengundian bermula pukul 8.00 pagi tadi melibatkan sejumlah 90 saluran dan 30 pusat daerah mengundi di seluruh Kawasan Parlimen P.093 Sungai Besar sehingga berakhir pada pukul 5.00 petang berjalan dengan lancar dan tiada insiden yang menggugat ketenteraman awam dilaporkan.

Demikian menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah Sabak Bernam petang tadi.

“Kita telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak, iaitu parti-parti yang bertanding dan juga penyokong”

“Sehingga pukul 1.00 tengah hari, 53% pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab, ini merupakan petanda yang baik”

Pihak polis menerima sejumlah 20 laporan setakat ini dan daripada jumlah tersebut telah disiasat, sementara yang lbakinya disifatkan sebagai perkara kecil. Sebanyak empat kes telah ditutup dan enam diambil tindakan.

Berhubung laporan polis yang diterima pagi tadi tentang kejadian selisih faham petugas di pusat mengundi saluran 2 Sekinchan, beliau perkara kes tersebut sudah dapat diselesaikan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda