Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

[VIDEO] Mereka Kata Biru, Hijau Hanya Warna – Persaudaraan

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – “Kami hanya kempen untuk parti masing-masing di hari pilihan raya sahaja tapi kami tetap bersaudara.”

Ini suara hati perayu bagi pihak Barisan Nasional (BN), Rosnani binti Muslimin, 48, dalam menyatakan bahawa biru atau hijau hanya warna, tetapi di hati tetap sama.

Menurutnya lagi, dalam bulan Ramadan yang mulia, biru dan hijau tidak sepatutnya berpisah walaupun ketika berkempen. Pilihan raya ketika Ramadan adalah peluang untuk ia berlaku dengan aman dan penuh kasih sayang”.

Muskinah binti Ismun, 55 yang juga perayu BN pula berkata, “buat apalah nak gaduh-gaduh, kita ni bersaudara, jiran pula, nanti hari raya nak datang ziarah, jadi biarlah pilihan raya kecil ni berjalan secara adik beradik.

Sementara itu, perayu undi  untuk parti PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, “kita ni orang Islam, bulan Ramadan sepatutnya kita tambahkan amal ibadat, bukannya menambah musuh atau mencari gaduh.”

 

-AAS

Tinggalkan komen anda