Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Kenapa Tak Undi? Tak Tau Kenapa…

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – “Tak tahu”, itulah jawapan seorang perayu undi yang ditemui di hadapan pusat mengundi di Sekolah Menengah Sungai Besar sebentar tadi.

Apabila melihat jari beliau tidak berdakwat, pemberita bertanya, “tak mengundi, ke?” dan dijawapannya, ringkas, “tidak.”

Bila ditanya umur dia berkata, “26 dan sudah dua kali mengundi.” Sebelum dapat ditanya lebih lanjut, dia berlalu dari situ.

Seorang lagi yang ditemui, Rosnah Abdullah, 26, berkata, dia tidak pernah mendaftar sebagai pemilih, dan bila ditanya, jawapannya ,”tak tahu kenapa.”

Hari ini sepatutnya menyaksikan seramai 42,655 orang pendaftar, di mana 21,261 daripadanya adalah lelaki dan 21394 wanita turun mengundi. Walaubagaimana pun, sehingga laporan ini ditulis pada pukul 4.00 petang, hanya 65 peratus pengundi Sungai Besar keluar melakukan tanggungjawab demokratik mereka.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda