Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Tun M Amal Politik Dendam – Salleh

By 17 Jun 2016Jun 20th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina / Foto: Nazri Rapaai (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Penglibatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar dilihat lebih menjurus kepada politik dendam.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, dalam sistem demokrasi, Tun M tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima pandangannya.

“Kita semua ada pandangan yang berbeza namun akhirnya rakyat yang akan membuat penilaian. Saya lihat Tun Mahathir lebih kepada politik dendam.  Beliau ingin memperalatkan calon-calon yang bertanding, parti-parti yang bertanding, untuk mencapai matlamat politik peribadinya semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” jelas Salleh ketika melawat Pusat Media KKMM P.067 Parlimen Kuala Kangsar semalam.

Tambah Salleh, itu adalah hak Tun M untuk berkempen.

“Kita tidak boleh melarang beliau untuk berkempen. Beliau bukan lagi menjadi ahli parti UMNO atau Barisan Nasional (BN) maka beliau berhak untuk menyokong mana-mana parti pun.

Feature - Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Chun Ji Restaurant, Kuala Kangsar pada 12 Jun lalu. – Foto: Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

 

“Beliau bercerita untuk menjatuhkan Perdana Menteri kita semata-mata, beliau mengungkit berita yang sama, hanya mengitar semula isu-isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan RM2.6juta. Kita telah jelaskan berulang kali tapi beliau masih tidak berpuas hati.

“Beliau juga suatu ketika dahulu adalah Perdana Menteri Malaysia dan beliau mendapat sokongan padu daripada BN pada ketika itu. Kempen di mana-mana pun beliau kata kita kena menyokong kepada parti pemerintah. Kali ini pula, beliau ingin pastikan BN yang beliau pimpin pada suatu ketika dahulu harus dijatuhkan. Beliau sanggup bersekongkol dengan satu parti politik yang menjadi musuh kepada parti UMNO itu sendiri kerana politik peribadi semata-mata,” kata Salleh.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi politik, Salleh berkata kedua-dua PRK ini menunjukkan amalan demokrasi yang matang.

“Saya melihat pilihan raya kecil pada kali ini berjalan dengan baik. Saya tengok tidak ada masalah besar berlaku. Ini adalah satu petanda baik yang menunjukkan amalan demokrasi kita bertambah matang di Malaysia ini,” katanya.

 

-DZ

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda