Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Koperasi Pengusaha Labu Sayong Terima RM50ribu

By 17 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina / Foto: Mohamad Bashyar (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk memperbaiki bengkel koperasi pengusaha labu sayong di Kampung Sayong Lembah, di sini.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pusat Media KKMM Pilihan Raya Kecil (PRK) P.067 Kuala Kangsar petang tadi.

“Tadi saya buat lawatan ke Kampung Sayong Lembah, di situ saya berjumpa dengan Ketua Koperasi Kepala Bendang. Mereka memohon supaya bengkel mereka diperbaiki dan saya meluluskan RM50,000 untuk koperasi tersebut.

Feature - Hamzah Zainudin

“Memandangkan kawasan di situ penuh dengan pengusaha-pengusaha labu sayong, dengan keahlian melebihi 100 orang, maka sebab itu saya meluluskan supaya mereka bekerjasama menerusi bengkel itu untuk kepentingan ahli-ahli koperasi,” ujar Hamzah.

Sementara itu, mengulas mengenai Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST), Hamzah berkata kerajaan sentiasa memikirkan cara untuk menguruskan ekonomi negara dengan mengambil kira keselesaan rakyat.

“Selama ini, dalam mesyuarat kabinet tiada siapa pun yang membangkitkan isu untuk menaikkan GST. Orang yang bercakap nak naikkan GST ini hanyalah pembangkang. Bermakna kalau mereka ini menang, merekalah yang bertanggungjawab nak naikkan GST kerana belum apa-apa lagi dah memikirkan tentang menaikkan GST.

Dalam perkiraan mereka (pembangkang), negara mungkin dalam kelembapan ekonomi, sumber hasil kita kurang, maka cara untuk kita mendapatkan sumber hasil adalah dengan menaikkan GST,” jelas Hamzah lagi.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda