
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa
SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang wartawan palsu yang berbaju kemeja dan berkaca mata muncul di Pusat Pengundian Sek Keb Seri Utama bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di sini pagi ini.
Lelaki yang memakai pas media ‘Jurugambar dan Wartawan’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu mendekati wartawan lain dan mendakwa dirinya merupakan Wartawan Sinar Harian.
Oleh sebab terkejut, wartawan Sinar Harian sebenar Mohd Izzatul Izuan Tahir yang kebetulan disapa oleh wartawan palsu itu mula bertanyakan beberapa soalan kepadanya.
Setelah menyedari penipuannya dihidu, wartawan palsu tersebut terus berlalu pergi sambil menutup mukanya dengan kertas putih A4.
Sementara itu, menurut SPR, seramai 34% pengundi telah membuang undi di P.093 Parlimen Sungai Besar sehingga 11.00 pagi tadi.