Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajayaWilayah Persekutuan

Untung Rugi Ramadan, Imarah Aktiviti Berbuka Puasa

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Mohd. Anuar Ibrahim

PUTRAJAYA, 18 Jun (Malaysiaaktif) – “Keuntungan dalam bulan ramadan adalah bagi mereka yang sentiasa berdoa, menunaikan solat fardhu dan tarawih serta mereka yang banyak bersedekah”.

Demikian dinyatakan penceramah Ustaz Fauzi Mustaffa dalam ceramah bertajuk ‘Ramadan Untung atau Rugi’ dalam Program Bicara Agama Siri ke 6 anjuran bersama Komuniti 1Malaysia (K1M) Presint 8 dan Kelab Tasik Putrajaya di Dataran Kelab Tasik Putrajaya, semalam.

 

WhatsApp-Image-20160618 (14)

 

“Manakala kerugian pula adalah kepada mereka yang tidak mencapai matlamat taqwa kerana mereka yang beriman belum tentu bertaqwa manakala orang yang bertaqwa, sudah tentu ia beriman”, ujarnya lagi.

Pengerusi komuniti, Rosaln Hanif berkata program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan siraturrahim antara komuniti dan warga Putrajaya.

 

WhatsApp-Image-20160618 (9)

 

Selain ceramah agama, aktiviti berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah turut diadakan.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Hasim Ismail.

Program yang berakhir pukul 11.30 malam ini dihadiri seramai 100 orang penduduk setempat.

Seramai 40 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Mawardah menerima sumbangan wang dari pihak pengurusan Kelab Tasik Putrajaya.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda