Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Cabaran Penunggang Basikal ‘OCBC Cycle KL 2016’

By 22 Julai 2016Ogos 6th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Hairidz Fahmi Abd Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Malaysiaaktif) – ‘OCBC Cycle KL’  edisi kedua kali ini mensasarkan 3,000 penyertaan kepada penunggang sebenar basikal dengan cabaran sejauh 42 km pada bulan November 2016.

“Dengan adanya program ini dapat memantapkan lagi penunggang-penunggang basikal untuk beriadah selain mempromosikan bandar Kuala Lumpur yang penuh dengan lokasi pelancongan,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mhd. Amin Nordin bin Abd Aziz.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran OCBC Cycle KL 2016 di Menara DBKL 1, Kuala Lumpur hari ini.

“Penganjuran kali ini memberi peluang kepada penunggang basikal amateur untuk mengasah bakat,” katanya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Ong Eng Bin berkata,  “Kami sudahpun menerajui penganjuran berbasikal dan tahun ini sekali lagi dianjurkan dengan berlatar belakangkan ikon Kuala Lumpur”.

“OCBC Bank (Malaysia) Berhad adalah penaja utama OCBC Cycle KL 2016 dan sekali lagi dianjurkan oleh Multigreen Events dengan kerjasama DBKL dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)”, ujarnya lagi.

Penganjuran kali ini berdasarkan kejayaan penganjuran pada tahun lepas dan selaras dengan KL Car Free Morning, iaitu OCBC Cycle Malaysia sejak 2011, pengenalan OCBC KL Car Free Morning pada 2014 dan OCBC Cycle KL 2015.

Pelepasan peserta akan diadakan pada 13 November 2016 bermula di Dataran Merdeka melalui kawasan segi tiga emas termasuk Menara KLCC, Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTMB), Masjid Negara sebelum kembali ke Bangunan Sultan Abdul Samad sepanjang 42 km.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif OCBC, Al-Amin Syed Abdull Aziz Syed Kechik dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.

DK

Tinggalkan komen anda