Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Usahawan Korea Berminat Pasarkan Produk Tempatan

By 22 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 22 Jul (Malaysiaaktif) – InnoCraft Melaka yang merupakan ‘One Stop Centre’ untuk produk-produk tempatan, menerima kunjungan daripada 157 orang usahawan Korea daripada 64 syarikat pelbagai sektor, petang tadi.

Pengarah Kanan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Aureen Jean Nonis, yang bertanggungjawab membawa para usahawan tersebut ke sini berkata ada peserta rombongan tersebut berminat untuk membawa produk tempatan untuk dipasarkan ke Korea.

“Lokasi lawatan hari ini istimewa sikit kerana InnoCraft dan SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) bakal bekerjasama untuk mengeluarkan pelbagai barangan yang berteknologi dan berkualiti tinggi.

“Keutamaan pihak MATRADE adalah untuk meningkatkan eksport negara, barangan dan perkhidmatan dan ini peluang untuk menawarkan kepada syarikat asing untuk membina rangkaian perniagaan,” jelas Aureen.

IMG-20160722-WA0031

Aureen Jean Nonis (kiri) dan Abang Abdulrahim Abang Ali (kanan) bersama wakil delegasi.

Sementara itu, menurut Pengarah Eksekutif Innocraft Melaka, Abang Abdulrahim Abang Ali, ini merupakan lawatan pertama daripada delegasi luar negara dan beliau mengharapkan agar lebih ramai lagi pihak yang datang ke sini.

IMG-20160722-WA0034“Kita mempergiatkan lagi usaha membantu  pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka dan dalam masa terdekat, pihak InnoCraft akan membuka cawangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka untuk memperkenalkan produk-produk ini kepada para pelancong seperti China dan Indonesia,” ujar Abdulrahim.

IMG-20160722-WA0036

Tambahnya, langkah seterusnya untuk Innocraft ialah untuk membantu pengusaha membuat penjenamaan agar mudah untuk dipasarkan. Sehingga kini, terdapat hampir 50 vendor yang meletakkan produk mereka di Innocraft.

Malaysiaaktif turut berkesempatan menemuramah salah seorang peserta rombongan, Kwang Tae Kim yang mempunyai perniagaan dalam bidang perubatan di tempat asalnya.

IMG-20160722-WA0032

Kwang Tae Kim mencuba songkok sambil dibantu oleh isterinya.

“Ini merupakan kali pertama saya melawat Melaka dan saya pasti akan kembali lagi untuk membincangkan dengan lebih serius peluang-peluang perniagaan yang terdapat di sini.

“Saya sangat tertarik dengan produk-produk yang ditawarkan, ditambah lagi dengan personaliti menarik rakyat Malaysia yang saya temui di sini,” ujar Tae Kim.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda