Skip to main content
Berita TempatanSabah

Isu Gelandangan Masih Terkawal – Jainab

By 1 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Zuraidah Ahmad & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 1 Julai (Malaysiaktif) –? Isu gelandangan di negeri ini berada pada tahap terkawal.

“Berdasarkan bilangan penghuni di Desa Bina Diri di sini, hanya 15 orang gelandangan yang telah ditempatkan di pusat berkenaan dan kini sedang menjalani latihan serta kursus agar mereka mendapat kesedaran serta mampu berdikari.

Demikian kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid pada Program Jom Sahur di pusat itu, pada Rabu.GELANDANGAN inanam 2

“Isu gelandangan ini menjadi isu yang besar terutama di Semenanjung seolah-olah orang Sabah paling banyak menjadi gelandangan.

“Tetapi di Desa Bina Diri ini hanya terdapat 15 penghuni di bawah Perintah Mahkamah iaitu Perintah Tetap selama tiga tahun manakala Perintah Sementara selama sebulan.

“Kita memang prihatin kepada mereka. Kita menjaga dan memberi kursus serta kesedaran kepada mereka dan kita harap keluar nanti mereka akan berdikari,” katanya

Program anjuran Pergerakan Pemuda Umno Kota Kinabalu yang diketuai Mohd Bahrin Abd Karim dengan kerjasama DBKK, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

Sementara itu, Mayor Dewan Bandar raya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai mengesahkan anggaran gelandangan berdasarkan penguatkuasaan pada tahun ini ialah seramai 30 orang, termasuk 15 orang yang telah dihantar ke Desa Bina Diri berkenaan.

Katanya, kebanyakan mereka berumur antara 20 hingga 70 tahun dan alasan yang menjebakkan mereka sebagai gelandangan adalah tidak mendapat pekerjaan selepas bersara, masalah kewangan dan tidak dialu-alukan dalam keluarga.

SF

Tinggalkan komen anda