Skip to main content
Berita TempatanSabah

Polis Lancar OP Selamat 09/2016

By 1 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

  Oleh: Zuraidah Ahmad & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 1 Julai (Malaysiaktif) –? Polis telah melancarkan OP Selamat 09/2016 sempena sambutan Aidilfitri bertemakan “Rumah Selamat, Sampai ke Destinasi” bermula 29 Jun hingga 13 Julai 2016.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata operasi itu memfokuskan kepada keselesaan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Menurutnya, selain mengurangkan kadar kemalangan maut dan mengurangkan angka kematian pada musim perayaan, operasi itu juga merangkumi pencegahan jenayah termasuk kes-kes berkaitan harta serta jenayah jalanan.

“Tiga objektif utama operasi selamat iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kematian, melancarkan aliran trafik dan menjalankan pencegahan jenayah (integrated crime prevention) melalui rondaan berkenderaan atau ‘spot check’.

“Pendekatan operasi kali ini memfokuskan kepada penguatkuasaan undang-undang jalan raya, advokasi dan pencegahan jenayah serta kehadiran polis di lokasi-lokasi tertentu termasuk di lokasi ‘black spot’ iaitu kawasan yang selalu berlaku kemalangan,” katanya.

Tambahnya, OP Selamat bukan sahaja tertumpu kepada keselamatan di jalan raya, tetapi juga di perairan.

“Pasukan gerakan Marin telah mempertingkat operasi-operasi untuk mencegah kejadian jenayah daripada berlaku di kawasan perairan.selamat 5

“Antaranya dengan membuat pemeriksaan ke atas feri-feri dan bot-bot penumpang agar mematuhi undang-undang maritim dan peraturan-peraturan keselamatan yang ditetapkan,” ujarnya.

Jelas Abdul Rashid, sepanjang OP Selamat 05/2014, sebanyak 733 kes kemalangan jalan raya telah berlaku dengan 19 kes ialah kemalangan maut yang melibatkan 24 jumlah kematian berbanding OP Selamat 07/2015, 764 kes kemalangan direkodkan dengan sembilan kes kemalangan maut dan 12 kematian.

Katanya lagi, angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 50 peratus hasil kerjasama semua pihak dan berharap statistik pada Aidilfitri kali ini akan dapat diturunkan semaksimum mungkin.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah.

Jelas Rashid, orang ramai boleh memaklumkan kepulangan mereka ke kampung kepada pihak polis melalui Borang Balik Kampung yang boleh dimuat-turun daripada portal rasmi PDRM dan menyerahkannya kepada balai polis berdekatan.

Selain itu, masyarakat boleh memamklumkan kepada jiran tetangga dan menghentikan langganan surat khabar sebagai langkah pencegahan jenayah.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan OP Selamat 06/2016 di Putatan dekat sini, pada Rabu.

SF

 

Tinggalkan komen anda