Skip to main content
Berita TempatanSabah

MACMA, NGO Luar Bekerjasama Sebar Syiar Islam

By 26 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Khairul Azad Yunus & Volintine Jiloh (Sabah)

KOTA KINABALU, 26 Jul (Malaysiaktif) ā€“? MACMA (Persatuan Cina Muslim Malaysia) Cawangan Sabah menjalin kerjasama dengan Persatuan Cina Muslim luar negara untuk menyebarkan dakwah serta syiar agama Islam.

Menurut Pengerusi MACMA Sabah, Abdul Rahman@ Ritchie Jay Cheng, mereka sedang menerima lawatan 40 orang ahli rombongan kumpulan cina muslim dari Kanada, China, Taiwan dan Perancis ke Sabah yang bertujuan untuk menyebar luas kebaikan agama Islam di samping berkongsi pengalaman MACMA menyebarkan dakwah di negeri ini.

Tambahnya, MACMA bukan sahaja menjana hubungan dalam bidang dakwah tetapi turut mengintai peluang pelaburan kepada kumpulan itu di Sabah.

 

“Kita bukan sahaja mempromosi Islam sebagai agama yang universal tetapi kita saling bertukar informasi tentang peluang pelaburan yang berpotensi seperti dalam bidang perniagaan, pelancongan dan perdagangan di Sabah,” katanya selepas membuat kunjungan hormatĀ kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua NegeriĀ Sabah, Tun Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Yayasan Islam Sabah, Mohd Zahiruddin @ Goldie Datuk A. Sibidol berkata kerjasama tersebut amat penting untuk mengeratkan silaturahim, mempromosi perpaduan,keharmonian serta semangat kekitaan dalam kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang bangsa dan warna kulit.

Beliau turut memuji peranan yang telah dimainkan MACMA Sabah kerana bukan sahaja menaungi umat Islam tetapi juga mendekati masyarakat pelbagai bangsa yang lain.

“MACMA Sabah sangat aktif dalam program dakwah dan mereka juga kerap menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam bukan Cina untuk sama-sama memajukan gerakan NGO Islam di Sabah,” jelasnya yang turut serta dalam kunjungan hormat tersebut mewakili Pengerusi Yayasan Islam Sabah, Tan Sri Datuk Harris Mohd Salleh.

 

-SF

Tinggalkan komen anda