Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sambutan Raya PERMIS Erat Alumni UKM Sabah, Labuan

By 26 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Muhammad Shahriz Misal & Volintine Jiloh (Sabah)

KOTA KINABALU, 26 Jul (Malaysiaktif) –? Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sabah ?dan? Wilayah Persekutuan Labuan (PERMIS) di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada Ahad, meriah.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (Pengurusan), Datuk  Almain Ajirul, majlis tersebut bertujuan merapatkan silaturahim dan meningkatkan hubungan serta kerjasama antara alumni.

Almain yang merupakan Presiden persatuan itu berharap program berkenaan akan mendapat sokongan untuk dijadikan program tahunan dan wadah menyatupadukan para alumni.

“Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan majlis untuk mengeratkan ukhuwah dan menjalin kerjasama erat antara alumni.

“Kita berharap dengan sokongan daripada para alumni, kita dapat menganjurkan program ini pada setiap tahun untuk menyatupadukan ahli-ahli persatuan ini,” ujarnya kepada media.

Sementara itu, ahli alumni PERMIS, Effendy Hadis berkata majlis tersebut dapat merapatkan lagi silaturahim yang terjalin sekian lama, di samping merasai semula suasana semasa belajar di kampus dahulu.

“Pada pendapat saya, majlis seperti ini harus diteruskan pada masa akan datang kerana di sini kita berpeluang beramah mesra bersama ahli-ahli PERMIS.

“Menerusi majlis ini juga, kita dapat bermaaf-maafan dan mengimbau kisah lama ketika berada di alam kampus dahulu,” jelasnya.

Majlis santai itu dihadiri kira-kira 100 tetamu yang dijamu dengan pelbagai juadah dan hiburan nyanyian oleh ahli persatuan berkenaan.

SF

 

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda