Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

TM Perluaskan Lagi Liputan Unifi di Melaka

By 21 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Bermula Oktober 2015, Telekom Malaysia (TM)  Melaka telah pun meluaskan lagi liputan Unifi ke kawasan Ayer Keroh, Melaka Tengah dan Batu Berendam selain Malim dan Tangga Batu sebelum ini.

“Kerja-kerja penarikan fiber masih berjalan dan saya harap kawasan yang belum mendapat liputan agar dapat bersabar, kerana perkhidmatan ini akan berkembang tidak lama lagi. Kita akan unumkan bila ianya siap dipasang,” ujar Pengurus Besar TM Melaka, Datuk Rozlan Mohamed.

Tambahnya, pengguna internet di Melaka menjangkau 80 ribu orang manakala pengguna Unifi pula menjangkau enam ribu orang.

“Tapi kita punya kapasiti lebih daripada itu iaitu lebih kurang 12 ribu. Oleh itu, soal kapasiti tidak ada isu. Jadi sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh berhubung dengan TM Point yang berhampiran,” jelasnya.

Rozlan ditemui pemberita dalam Sambutan Aidilfitri bersama TM dan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi dan Multimedia (JKPKKMM) di Menara TM, Ayer Keroh.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Wira Hajah Fadillah Abdullah; Exco Penerangan, Komunikasi dan Koperasi, Datuk Wira Latiff Datuk Hj Tamby Chik serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda