Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

NGO, Swasta Digalak Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

By 21 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Semua jabatan kerajaan, agensi Swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Melaka pada Ogos nanti.

Perarakan yang akan diadakan di hadapan Memorial Kemerdekaan itu dijangka disertai oleh lebih banyak kontinjen berbanding 222 pasukan pada tahun lepas.

Menurut Exco Penerangan, Komunikasi dan Koperasi Melaka, Datuk Wira Latiff Datuk Hj Tamby Chik sememangnya tanggal 31 Ogos adalah tarikh yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia yang cintakan negara.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiaaktif selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Publisiti dan Seranta Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka di Jabatan Penerangan Melaka, semalam.

“Kita telah memohon kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk memastikan agar premis-premis persendirian, kedai-kedai dan badan korporat untuk memasang bendera,” ujarnya yang juga Pengerusi Publisiti dan Seranta Hari Kebangsaan Negeri Melaka.

Menurut Latiff, sambutan Hari Kebangsaan di Melaka ini akan melibatkan segenap masyarakat berlainan bangsa selari dengan slogan yang sering dilaungkan iaitu sehati sejiwa.

Dalam pada itu, turut diadakan Simbolik Penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada 25 orang ahli jawatankuasa yang hadir.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan, Lim Ann Teck dan Pengarah Penyiaran Melaka, Haji Ibrahim Haji Ismail.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda