Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Tuan Rumah Rampas Kedudukan Pendahulu Carta Kutipan Emas

By 24 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Nazri Rapaai (Putrajaya)

KUCHING, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18, Sarawak mendahului senarai pungutan pingat setelah menambah enam lagi emas hari ini.

Semangat Agi Idup Agi Ngelaban, dilihat membara dalam kalangan atlet Sarawak setelah majlis pembukaan yang berlangsung semalam untuk membuka kembali ruang kepada mereka merampas semula gelapan kejuaraan keseluruhan yang kali terakhir dimenangi pada 1994.

Dua emas diperoleh menerusi acara wushu Qiangshu lelaki menerusi Elvic Bong Qian Zhen dan Taijijian wanita Audrey Chan Yer Jo.

Dua emas lagi diperoleh menerusi tenpin boling perseorangan wanita menerusi Nerosha Keligit dan Nur Suafiqah Sajeli.

Satu lagi emas diperoleh menerusi sukan memanah menerusi Khi Yee Ting dan acara Terjun Berirama Lelaki menerusi Carlysle Chan Wee Chiek dan Slyvester anak Peter Jawa.

Selain itu, Sarawak turut menambah tiga lagi pingat perak menerusi acara wushu, terjun dan angkat berat. Manakala lima lagi gangsa dipungut menerusi sukan wushu dan terjun.

Sehingga 5.00 petang, Sarawak mendahului pungutan pingat dengan 17 emas, 10 perak dan 18 gangsa.

Terdahulu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Haji Satem berkata Sarawak mampu mencapai sasaran 72 pingat emas yang disandarkan kepada atlet negeri pada SUKMA kali ini.’

Mengekori rapat ialah kontinjen Selangor dengan 13 emas, 24 perak dan 21 gangsa.

Juara SUKMA 2014, Wilayah Persekutuan pula di tempat ketiga dengan 12 emas, 13 perak dan 10 gangsa.

SUKMA ke-18 akan berlangsung sehingga 31 Julai ini.

 

Tinggalkan komen anda