Skip to main content
Berita TempatanMelaka

75 Murid Dalam Program Motivasi, Jati Diri

By 24 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M Zakry Chan / Foto: Haji Mohd Noor Samion
5b8ef317-94c1-46cd-93b5-32eb5731081a

Durra Eisya binti Ali

MELAKA, 24 Julai (MalaysiaAktif) –  “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya” itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan Program Kem Motivasi Jati Diri yang di anjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK (C) Sungai Udang semalam.

Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK(C) Sungai Udang, Tan Chiou Shing berkata rasional perlaksanaan program ini adalah sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid semasa menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR.

“Murid juga diberi aktiviti berkumpulan dan bekerjasama antara mereka supaya matlamat perpaduan 1Malaysia diperkukuh, selain itu mereka didedahkan dengan aspek kehidupan sebenar, seperti kepentingan ilmu pengetahuan dalam menongkah arus kehidupan masa hadapan, persediaan fizikal, mental dan spritual murid itu ditekankan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, langkah ini sudah pasti akan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid dan dapat membentuk sikap bertanggungjawab melalui  aktiviti berkumpulan.

Sementara itu, menurut murid tahun 6, Durra Eisya binti Ali,  program ini amat baik kerana sambil belajar, mereka juga boleh bermain, dengan itu mereka tidak tertekan dan gembira.

“Saya berasa seronok dan pertama kali mengikuti program ini, keyakinan bertambah dan banyak pengetahuan baru untuk saya,” jelas adik Ee Suey Jing ketika ditemuramah oleh Malaysiaaktif.

Kem yang ini disertai seramai 72 orang murid tahun 5 dan 6 sekolah ini dirasmikan oleh Penghulu Kawasan Sungai Udang, Nizam Dawood yang mewakili Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda