Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Pembukaan KR1M di Jeram akan Dipertimbangkan

By 8 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Permintaan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dalam ucapan awalnya bagi membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Jeram akan dipertimbangkan dan akan dibawa ke peringkat atasan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negara, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong semasa Perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Selangor, Sabtu lalu.

Beliau juga amat bersetuju dengan cadangan membuka KR1M di DUN kawasan Jeram bagi membantu masyarakat di sana.  Manakala DUN kawasan Bukit Melawati dan Ijok di Parlimen Kuala Selangor KR1M telah dibuka.

Menurut beliau, “Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta memberi kesedaran kepada masyarakat”.

“Kuala Selangor dipilih menjadi tuan rumah pada tahun ini dalam sambutan Hari Koperasi Negara peringkat Negeri Selangor bertujuan bagi mempromosikan Kuala Selangor sebagai kawasan pelancongan”, tambah beliau.

Menurut beliau lagi, “Sektor pelancongan menjadi penyumbang ke-6 pendapatan negara”.

“Negeri Selangor juga mencacatkan jumlah daftar koperasi tertinggi di Malaysia berbanding negeri lain”, kata beliau.

Turut hadir dalam program sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizan Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuang, Datuk Abdul Shukur Haji Idris.

Program Hari Koperasi Negara adalah anjuran Suhuranjaya Koperasi Malaysia iaitu agensi di bawah Kementerian Dalam Negara, Koperasi dan Kepenggunan.

Program ini juga telah berlangsung selama 2 hari yang melibatkan pelbagai aktiviti.

-DK

Tinggalkan komen anda