Skip to main content
Berita TempatanSabah

Generasi Y Perlu Syukuri Nikmat Kemerdekaan – Joseph

By 31 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

  Oleh:? Wenny Di Tian Soh (Sabah)

KENINGAU, 31 Ogos (Malaysiaktif) – Generasi muda wajar menghargai jasa para pejuang tanah air serta pemimpin terdahulu yang berkorban mempertahankan tanah air dengan mensyukuri nikmat kemerdekaan ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, generasi belia hari ini perlu berterima kasih dan berusaha mempertahankan keamanan negara sebagai tanda menghargai jasa pemimpin yang berjuang memerdekakan negara.

image

“Generasi muda kini tidak pernah merasai erti kesusahan, zaman darurat dan konfrontasi yang sangat sukar dihadapi oleh masyarakat terdahulu.

Joseph berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kecil Sook di Perkarangan Pejabat Daerah Kecil Sook, Keningau, pagi tadi.

Tambahnya, hasil pengorbanan ini banyak kemajuan dikecapi negara khususnya di daerah Kecil Sook dari segi pembangunan infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, pendidikan dan kesihatan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di daerah ini.

Justeru, generasi pada hari ini perlulah belajar menghayati dengan mensyukurinya kerana lupanya belia hari ini menghayati sejarah kemerdekaan telah membuka ruang kepada kemusnahan generasi cintakan Negara.

Sebanyak 26 kontinjen daripada pelbagai agensi jabatan kerajaan dan persatuan NGO menyertai perbarisan tersebut sempena meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Peringkat Daerah Kecil Sook.

SF

Tinggalkan komen anda