Skip to main content
Berita TempatanSabah

Hari Kebangsaan Sabah-SK Sri Gaya Kekal Juara

By 31 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Nur Effa Maruf, Yahya Abdul Rajak & Johny(Sabah)

KOTA KINABALU, 31 Ogos (Malaysiaktif) – Sekolah Kebangsaan Sri Gaya berjaya mengekalkan status kejuaraannya dalam Pertandingan Kawad Kategori Sekolah Rendah Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sabah 2016.

Kontinjen yang merupakan Sekolah Beprestasi Tinggi (SBT) itu berjaya meraih hadiah utama bernilai RM1300, piala serta sijil penyertaan yang disampaikan Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Zakaria Mohd Edris.

Menurut Ketua Jurulatih Perbarisan yang merupakan cikgu sekolah itu, Dyah Shintawati Herry, pada tahun ini sekolah tersebut membawa identiti ‘Pahlawan Melayu’ untuk diselaraskan dengan tema kebangsaan iaitu ‘#sehatisejiwa’.

“Pakaian kontinjen kami ilhamkan daripada corak-corak unik Borneo dan berdasarkan pada warna-warna asas yang mempunyai simbolik kepada rakyat Malaysia yang bersatu padu”, ujarnya ketika ditemui media selepas acara penyampaian hadiah.

Pada tahun ini, sebanyak 175 kontinjen menyertai acara perbarisan yang keseluruhannya melibatkan 8,000 peserta di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu pagi tadi.

Sementara itu, Kelab 1 Malaysia Jabatan Penerangan Negeri Sabah (Pertubuhan Bukan Kerajaan), Jabatan Air Negeri Sabah (Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi) dan Persatuan Bajau Sama Sabah (Persatuan Etnik Sabah) juga meraih johan dalam kategori masing-masing.

Antara kategori lain yang dipertandingkan ialah Kategori Sekolah Menengah yang dimenangi SMK Badin PKBM Darat, Komando Kesatria UiTM Kampus Sabah memenangi kategori Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Jabatan Kerajaan Berpakaian Rasmi dimenangi Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Flypass helicopter dari Jabatan Bomba bersama Polis? dan Kategori Kenderaan dan Sabah Electricity Sdn Bhd bagi kategori Swasta Komersial.

Johan setiap kategori masing-masing membawa pulang RM1300, piala serta sijil penyertaan

Dalam pada itu, pengunjung, Khairul Yunus, 35, yang hadir bersama keluarga berasa amat seronok menyaksikan perarakan tersebut terutama sekali apabila anak-anaknya yang teruja melihat kenderaan ketenteraan selain kemantapan perbarisan daripada pelbagai anggota keselamatan negara.

SF

Tinggalkan komen anda