Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Kecoh Di Pasar Besar Melaka, Peniaga Mahu Kebajikan Terjamin

By 15 Ogos 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

 Oleh: Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Heboh seketika suasana di Pasar Besar Melaka pagi tadi apabila Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turun untuk bertemu dan mendengar keluhan para peniaga yang rata-rata tidak berpuas hati dengan kebajikan mereka.

Mohd ridzuan abdullah portraitPresidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata kesemua 342 peniaga Pasar Besar tersebut mengharapkan agar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertindak dengan bijak menangani isu ini dan mengikut prosedur.

“Kami berterima kasih kerana kerajaan negeri memikirkan tentang keselamatan peniaga, Perdana Menteri juga ambil berat, jadi kita perlu selari dengan dasar kerajaan pusat,” ujarnya.

Tambahnya, IKHLAS turun padang bagi membantu peniaga dari segi kebajikan mereka, maka mereka mengharapkan agar peniaga diletakkan di suatu kawasan yang sesuai.

“Kerajaan negeri tentu ada tabung bencana, dah tau bangunan nak runtuh, mesti ada bajet, jika mereka dipindahkan di tempat yang sesuai, dah tentu peniaga setuju, tidak perlu datang mendesak, jangan tindas peniaga,” katanya lagi kepada pemberita pagi tadi.

Keadaan pasar yang lengang dengan panas sangat tidak selesa

Keadaan pasar yang lengang dan panas menimbulkan ketidakselesaan kepada para peniaga dan juga pengunjung.

 

Menurut Ridzuan, dalam isu ini jika kerajaan negeri tidak dapat selesaikan dalam tempoh sebulan, mereka akan membawa semua peniaga ke Putrajaya untuk bertemu sendiri dengan Perdana Menteri.

MA - 5 Ogos

Laporan Pasar Besar Melaka oleh Malaysiaaktif yang disiarkan pada 5 Ogos lalu.

 

Malaysiaaktif sebelum ini melaporkan mengenai isu peniaga yang terpaksa berpindah kerana struktur bangunan pasar besar tersebut yang retak walaupun baru berusia 12 tahun.

Keadaan salah satu tiang yang retak di Kompleks Pasar Besar Melaka.

Keadaan salah satu tiang yang retak di Kompleks Pasar Besar Melaka.

 

Sementara itu, seorang peniaga santan di sini, Hasnah Atan, 49, mengeluh kerana pelanggan sangat kurang mengunjungi gerainya yang masih berada di tingkat atas pasar berikutan tempat yang terhad di bawah khemah.

“Pelanggan sendiri cakap malas nak masuk ke dalam pasar sebab dah letih membeli di gerai-gerai bawah khemah ini. Kebiasaannya, enam bakul kelapa akak akan habis dalam tempoh setengah hari, tapi sekarang dah nak dekat pukul 12 tengah hari tapi masih ada baki empat bakul,” keluhnya.

Hasnah Atan

Peniaga santan, Hasnah Atan, mengeluh kurangnya pelanggan berkunjung ke gerainya sejak Pasar Besar Melaka ditempatkan sementara di bawah khemah di tapak letak kereta pasar tersebut,

 

Manakala, seorang peniaga makanan, Faridah Abdul Aziz, 33, berkata sebanyak 50 peratus  pelanggan hilang semenjak mereka berniaga di bawah khemah dengan punca utamanya kerana kekurangan parkir dan keadaan yang panas dan berbahang.

“Sehingga tengah hari ini, hanya lebih kurang 20 orang pelanggan yang singgah makan berbanding sebelum ini, memang tak menang tangan nak melayan. Kita boleh tengok sendiri keadaan sekarang yang sangat lengang,” ujar Faridah.

Keaadaan lengang

Suasana lengang di tempat makan baharu.

 

Situasi ini membuatkan para peniaga mahukan hak dan kebajikan mereka terjaga. Mereka berharap dapat berniaga semula di tempat yang sama selepas penambahbaikan dilakukan ataupun menyediakan tempat yang baharu yang berhampiran dengan stesen bas dan teksi seperti Melaka Sentral kerana tempat sebeginilah yang menjadi sumber perniagaan mereka.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda