Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Jangan Jadi Pemimpin Politik Bermusim – Zahid

By 15 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Mohamad Zairin Bin Mohamad Zin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – “Kita jangan jadi pemimpin politik bermusim, ambil kepedulian. Turunlah jenguk orang susah, orang sakit, orang tua dan pergilah dari rumah ke rumah”.

Demikian ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam bertempat di Dewan Sri Budiman, UITM Shah Alam, semalam.

Tegas beliau lagi, “Kita lihat realiti politik dan arus yang kita hadapi sekarang, saya fikir isu-isu seperti yang ada di Shah Alam ini turut dihadapi di semua kawasan yang telah diurbanisasikan.

“Permasalahan itu permasalahan kita bersama, bukan sahaja diikuti oleh ahli-ahli politik dan pemerintah, malah pegawai kerajaan dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).

“Jika kita tidak dapat menghadapi permasalahan itu serta tidak mengatasinya, maka berlaku paling teruk ‘damage’, tegas beliau lagi.

“Oleh sebab itu, bentuk tindakan dengan memberikan perkhidmatan harus disesuaikan dengan kumpulan sasaran ini yang terdiri dari golongan kelas pertengahan, pilihanraya nanti kita akan ambil semula Shah Alam”, ujar beliau lagi.

Lebih 300 orang hadir ke majlis ini.

 

-DK

Tinggalkan komen anda