Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Program Latihan di ISM Kini Dibuka Kepada Awam

By 2 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Mohd Izzideen Khairi Zakaria (Cheras)

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Malaysiaaktif) –  Institut Sosial Malaysia (ISM) kini telah membuka pintu dan peluang kepada orang awam terutamanya kumpulan sasar, warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mengikuti program latihan dalam bentuk kursus jangka pendek, seminar dan persidangan serta menggiatkan penulisan, penyelidikan dan penerbitan dalam bidang sosial.

Memenuhi hasrat pembelajaran dalam bentuk amali, ISM juga turut mewujudkan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di tempat kerja yang dikelolakan sepenuhnya oleh ISM.  Taska ISM ini disasarkan menjadi model ‘Taska Tempat Kerja Awam’ yang boleh dicontohi oleh majikan sama ada jabatan kerajaan atau swasta.

Dalam ucapan perasmian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata,  “ISM sebagai sebuah Institut Latihan Awal (ILA) sebelum ini memfokus 80 peratus daripada aktivitinya dalam memberi latihan kepada pegawai awam khususnya pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)”.

“Manakala 20 peratus lagi dalam kerja-kerja penyelidikan, penerbitan rujukan dan jaringan bidang sosial”, tambah beliau.

Di bawah transformasi ini, latihan di ISM memberi indikator positif dan pertambahan sebanyak 58.9 peratus dan jumlah ini dijangka bertambah dengan penganjuran beberapa program yang dilaksanakan dari Ogos hingga Disember 2016.

Inisatif untuk menubuhkan taska bagi warga kerja ISM adalah di atas permintaan para peserta kursus di mana mereka memerlukan penjagaan anak yang memerlukan pengasuhan.  Taska ini akan berperanan sebagai lab latihan kepada para peserta Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata anjuran ISM bermula dengan kumpulan pengajian pengambilan Ogos 2016.

Kursus Asuhan Permata (KAP) penting dan menjadi kewajipan kepada setiap pengasuh Taska untuk menghadirinya kerana ia memberi pendedahan, kemahiran dan ilmu pengasuh yang berasaskan amalan terbaik khususnya dalam penjagaan kanak-kanak bawah umur empat tahun.

Beliau turut menekankan bahawa pendekatan ini sejajar dengan objektif kursus bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme para pengasuh di Malaysia.  Kegagalan pengusaha Taska untuk menghantar penyelia dan pengasuh menghadiri KAP boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak JKM.

Beliau juga turut mengarahkan Kementerian dan JKM untuk terus mengadakan lawatan ke pusat penjagaan bagi memastikan semua pengusaha pusat jagaan mematuhi undang undang yang dikuatkuasakan.

DK

Tinggalkan komen anda