Skip to main content
Berita TempatanSabah

Rakyat Perlu Bijak Guna ICT – Salleh

By 15 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Ahmad Sahid Jibal & Shahvian Mohd Razali  (Sabah)

KOTA BELUD, 15 Ogos (Malaysiaktif) – “Rakyat perlu bijak menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

“Namun, apa yang berlaku kini masyarakat menggunakannya dengan cara yang tidak betul. Ada yang menggunakan aplikasi ini untuk menanamkan fitnah tanpa usul periksa. Akhirnya, kemudahan itu menguasai pemikiran kita dan bukan kita menguasai kemudahan itu”.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata demikian ketika merasmikan Komuniti Pintar Kota Belud dan Pusat Internet 1Malaysia, pada Sabtu.

Tambahnya, kebanyakan aplikasi berkenaan mendatangkan faedah serta mampu menjana ekonomi keluarga sekiranya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud itu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang dihadiri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Datuk Ahmad Ayid dan Pengerusi MCMC Datuk Seri Dr Halim Shafie.

Sementara itu, Jainab berkata masyarakat setempat kini memahami dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

kkmm 5

 

“Bangunan Perpustakaan Baharu Kota Belud yang bernilai RM5.8 juta itu berkeluasan 2,100 kaki persegi dan mempunyai  kemudahan sudut ICT, ruang aktiviti kanak kanak, bilik mesyuarat, bilik serbaguna, surau dan ruang untuk bahan rujukan dan pinjaman yang lebih besar.

“Sejak berpindah ke bangunan baharu tersebu,t statistik keahlian, pinjaman, pengujung dan koleksi di perpustakaan cawangan Kota Belud telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

“Pada masa ini, koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Belud ialah 61,666 naskhah, manakala pengunjung telah meningkat daripada 22,493 semasa di bangunan lama yang disewa kepada 65,076 orang.

“Pinjaman bahan perpustakaan juga meningkat kepada 46,816 naskhah pada 2015 berbanding 25,671 sebelumnya dan keahlian telah meningkat kepada 5,864 ahli berbanding 1,351 sebelumnya,”jelasnya.

Dalam pada itu, Jainab turut mengumumkan pembinaan bangunan Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Kota Kinabalu yang terletak di Tanjung Aru dengan kos RM40 juta dijangka siap pada penghujung tahun ini.

“Perpustakaan Negeri sedang dalam pembinaan Pusat Depositori Koleksi Negeri, pembelian dua buah unit Bas Bergerak dengan kos RM800 ribu dan penggantian bangunan-bangunan perpustakaan desa dengan kos RM360 ribu.

“Manakala, pembinaan bangunan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Kinabatangan juga akan dimulakan dengan kos RM 7.5 juta dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

 

-SF

Tinggalkan komen anda