Skip to main content
Home

Tingkatkan Penglibatan Rakyat Dalam Koperasi – Musa

By 15 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Eviannie & Taulani Hamzah  (Sabah)

KOTA KINABALU, 15 Ogos (Malaysiaktif) – “Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) perlu memperhebat usaha memberi kefahaman dan meningkatkan penglibatan rakyat dalam koperasi.

Koperasi tidak menyediakan pembiayaan kredit semata-mata, sebaliknya merupakan satu bentuk perniagaan yang memberi faedah dan nilai tambah kepada semua anggota.

Demikian kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman yang teksnya disampaikan Timbalannya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Haji Yahya Hussin di sini, pada Sabtu.2 (1)

Tambahnya, selain menghargai sumbangan koperasi kepada pembangunan sosio ekonomi, kerajaan negeri juga menyokong penuh Program Francais Komuniti untuk  memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

“Koperasi dan usahawan terpilih boleh menjadikan program ini sebagai platform untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

“Kerajaan negeri menyokong penuh Program Francais Komuniti untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah terlibat dalam perniagaan yang berkonsepkan francais.

“Saya percaya lebih ramai usahawan kecil, para peniaga serta masyarakat berpeluang mendapatkan penerangan dan pendedahan tentang industri francais dalam negara dengan mengikuti klinik dan taklimat oleh para francaisor tempatan yang telah berjaya dalam industri ini,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong berkata bilangan koperasi berdaftar terus meningkatkan 10 peratus dengan jumlah sebanyak 1279 koperasi menjadikan Sabah sebagai negeri ketiga di Malaysia dari segi bilangan koperasi.

“Bilangan anggota juga turut bertambah 6.21 peratus daripada 338 ribu orang kepada 350 ribu orang pada tahun 2015,” ujarnya.

Sehubungan itu, Henry mengajak semua pihak meningkatkan usaha, kemahiran dan pengetahuan bagi membangunkan gerakan koperasi agar keyakinan masyarakat terus dipertingkat untuk mentransformasikan gerakan koperasi menjadi lebih kompetitif, berdaya saing, progresif dan berintegriti.

-SF

 

 

Tinggalkan komen anda